Penerangan
KUALA TERENGGANU, 10 NOVEMBER 2022- Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Mohd Norli bin Abdullah telah mempengerusikan mesyuarat bagi pelaksanaan Program penghijauan aktiviti tanam pokok bersama pihak PBT.
Program ini mendapat tajaan daripada Syarikat ExxonMOBIL Exploration and Production Malaysia Inc. dan disokong oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan mendapat kerjasama padu daripada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada pejabat Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Pengarah Jabatan Lanskap dan juga wakil-wakil Yang Dipertua Majlis Daerah di negeri ini.
Mesyuarat ini diadakan bagi melancarkan program ini yang dijangka akan dilaksanakan sekitar November hingga Disember 2022.
Program ini diharap dapat mencapai hasrat melahirkan generasi masa kini dan akan datang untuk terus memberi komitmen dalam perlindungan alam sekitar untuk sejahtera kita dan semua hidupan di bumi ini.
.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama