Penerangan
KUALA TERENGGANU, 24 NOVEMBER 2022: Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Ramli Abd. Rahman telah menghadiri Majlis Bacaan Yaasin yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Mohd Norli bin Abdullah yang juga memimpin bacaan yaasin.
Pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga JAS Terengganu, dan di JAS Cawangan Kemaman hadir secara fizikal dan atas talian.
Majlis ini turut diselitkan dengan sesi amanat pengarah agar seluruh warga JAS diberi kesejahteraan dan keberkatan kesihatan untuk terus menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada agama, bangsa dan negara tercinta.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama