Penerangan
KUALA TERENGGANU, 10 NOVEMBER 2022: Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Zakaria Ahmad @ Mohd bersama dengan pegawai-pegawai kanan di Bahagian Operasi dan Pembangunan telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Petronas Gas Berhad.
Sesi perbincangan ini yang telah diadakan pada 6 November 2022, bertujuan untuk memberi khidmat nasihat kepada pemaju terhadap cadangan pembangunan projek yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
JAS Terengganu sentiasa terbuka dan tidak akan menghalang sebarang projek pembangunan yang memenuhi keperluan garis panduan dan Akta yang ditetapkan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu