PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PEMBENTANGAN PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BAGI PROJEK EIA DI KEMAMAN

DOE Terengganu 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PEMBENTANGAN PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR BAGI PROJEK EIA DI KEMAMAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 15 NOVEMBER 2022 – Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Mohd Norli Abdullah,  telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan  Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Pemaju projek bersama jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan EMP ini   Mesyuarat memberi tumpuan kepada impak alam sekitar dan mitigasi yang diambil dalam memastikan pelaksanaan projek ini di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi tidak menimbulkan masalah kepada persekitaran dan orang awam.   Dokumen EMP  ini, adalah antara syarat kelulusan EIA yang mesti  dipatuhi oleh pemaju. Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh diambil sekiranya pihak pemaju gagal mematuhi syarat ini. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan