Penerangan
KUALA TERENGGANU, ISNIN, 28 NOVEMBER 2022- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menyampaikan ceramah pada “NATIONAL LABORATORY INNOVATION SEMINAR (NALIS) yang berlangsung selama dua hari bermula 28 November hingga 29 November 2022.
Ceramah bertajuk Perspektif Perundangan Pengurusan Buangan Terjadual di Makmal telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi, Puan Zaleha Abdullah kepada seramai lebih 100 orang peserta.
Menurut penganjur, seminar ini bertujuan untuk mengetengahkan hasil inovasi dari kalangan kumpulan bukan akademik sebagi platform perkongsian ilmu dan penarafan kompetensi.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan setinggi-tingggi penghargaan di atas komitmen pihak pengurusan UMT dalam menyokong peranan dan fungsi JAS dalam memperkasakan misi JAS “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama