PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KUMBAHAN BIL. 2/2022 DAN LAWATAN KE LOJI PENGOLAHAN KUMBAHAN SERANTAU BATU BERENDAM

DOE Melaka 30/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KUMBAHAN BIL. 2/2022 DAN LAWATAN KE LOJI PENGOLAHAN KUMBAHAN SERANTAU BATU BERENDAM
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

25 November 2022, MELAKA - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kumbahan yang melibatkan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (JASNM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium (IWK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Kawal Selia Air Negeri Melaka (BKSA) Bil. 2 /2022 telah diadakan pada 24 November 2022 yang lalu. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan kumbahan di negeri Melaka serta mengukuhkan kerjasama di antara agensi-agensi teknikal di negeri Melaka bagi kawalan pencemaran air dari loji pengolahan kumbahan. Seterusnya, satu sesi lawatan ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam Fasa 1 yang direkabentuk untuk menampung kapasiti sebanyak 230,134 PE telah diadakan. Sesi mesyuarat dan percambahan minda dalam kalangan Jabatan dan agensi ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk menjadikan pengurusan kumbahan di Negeri Melaka dijalankan secara lestari dan mampan demi kesejahteraan rakyat. #KementerianAlamSekitarDanAir #jasnegerimelaka #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan