Penerangan
HULU PERAK, 14 September 2022 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dengan kerjasama SK Kuak Luar dan Rakan Strategik Edsha Solutions Sdn Bhd telah menjalankan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) bertempat di SK Kuak Luar yang terletak di Pengkalan Hulu pada hari ini.
JAS Perak juga dijemput menyampaikan ceramah berkaitan e-waste kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SK Kuak Luar serta komuniti Kg Kuak Luar. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi JAS Perak, Encik Azhar Bin Zainal Abidin. Program pengumpulan e-waste tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Amran Bin Mohamed Nor, wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kuak Luar.
SK Kuak Luar merupakan pemenang Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Kategori Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak pada tahun ini.