Penerangan
IPOH, 15 September 2022 - Operasi Bersepadu bagi Pemeriksaan Kenderaan Perdagangan telah dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak di Tol Ipoh Selatan Arah Utara.
JAS memfokuskan penguatkuasaan kawalan pelepasan daripada kenderaan perdagangan berenjin diesel yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
JAS Perak telah mengeluarkan sebanyak 4 kompaun kepada pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan 4 notis Arahan Ujian Semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pemilik kenderaan yang tidak patuh.
Pemilik kenderaan adalah diingatkan supaya kenderaan berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.