PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 01/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MAJLIS PERASMIAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

IPOH, 9 September 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh telah menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perak Bil 2/2022 di Dewan Azlan Shah, Majlis Bandaraya Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan Pengarah JAS Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul. Hadir bersama adalah wakil Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak , Encik Mohamad Fakhrudin dan Pengarah Kanan Majlis Bandaraya Ipoh, Haji Musa Bin Dun. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh 14 agensi berkepentingan. Pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dipilih untuk bertindak sebagai tuan rumah bagi penganjuran majlis perasmian sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Alam Sekitar Negara Bil 1/2022 telah dijalankan pada 4 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan