Penerangan
Bengkel Latihan Sistem Permohonan Pelan Pembangunan Secara Elektronik (ePP)
Tarikh : 10/11/2022
Masa : 08:30 AM ~ 14:00 PM
Tempat : The Gem Hotel Beaufort
Penganjur: KKTP
Peserta : PJ Robert & PJ Hafize dan lebih 50 peserta lain dari pelbagai agensi.
Pengenalan sistem ePP :
1. Sistem Permohonan Pelan Pembangunan Secara Elektronik (ePP) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk memperkasa proses kelulusan pelan pembangunan di Negeri Sabah dan Sistem ini telah dibangunkan sejak setahun lalu.
2. Sistem ePP adalah bagi memudahcara kelulusan permohonan DP oleh pihak pemaju dimana sebelum ini, kelulusan DP boleh memakan masa bertahun-tahun untuk mendapat kelulusan dari pihak PBT.
3. Dengan adanya Sistem ePP, pihak PBT dapat memantau dan mengesan punca kelewatan dalam pemprosesan DP.
?? Bengkel latihan ini diadakan bagi menerangkan carta proses kerja sistem ePP bermula dengan pihak pemaju projek mengemukakan permohonan DP melalui ePP kepada pihak PBT berkaitan. ?? Seterusnya PBT akan memajukan permohonan kepada agensi2 teknikal (yg telah berdaftar dlm sistem ePP) berkaitan untuk mendapatkan ulasan dan input pembangunan.
?? Agensi2 teknikal akan memberikan ulasan dan input teknikal berdasarkan maklumat, dokumen dan pelan pembangunan yg. telah di upload/kemukakan pihak pemaju dlm sistem ePP.
?? Pihak PBT mengumpul semua ulasan & input dari semua agensi teknikal dan membawa dalam mesyuarat jawatankuasa untuk pertimbangan kelulusan DP.