PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

AUDIT INDUSTRI HIJAU TAHUN 2022

DOE WP Putrajaya 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT INDUSTRI HIJAU TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Program Audit Industri Hijau pada tahun ini (2022) memfokuskan kepada industri fabrikasi logam dan juga industri berasaskan kertas. Zon Utara dipilih untuk industri berasaskan kertas dan zon selatan dipilih untuk industri fabrikasi logam. Program audit ini adalah bukan audit penguatkuasaan, ia adalah lebih kepada melihat kesedaran pihak industri dalam mengamalkan amalan industri hijau di dalam industri mereka. Amalan industri hijau merujuk kepada amalan menyeluruh dalam semua aspek di dalam industri dan bukan hanya merujuk kepada pemprosesan industri tersebut sahaja.   Bagi program audit ini jururunding telah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi menjalankan projek ini bersama - sama dengan pejawai JAS dari Ibu Pejabat dan Negeri - negeri yang terlibat. Bagi proram ini negeri zon utara yang terlibat adalah dari negeri Pulau Pinang dengan 3 buah premis terpilih, negeri Kedah dengan 2 premis terpilih. Bagi zon selatan pula negeri- negeri yang terlbat adalah negeri Johor dengan 3 premis terpilih dan negeri Melaka dengan 2 premis terpilih. Jumlah keseluruhan premis yang dipilih adalah 10 buah premis.   Melalui hasil daripada program audit industri hijau ini, satu garis panduan amalan industri hijau bagi setiap industri yang terlibat akan di hasilkan bagi memberi panduan kepada premis - premis yang berada dalam golongan industri tersebut untuk mengamalkan amalan industri hijau.   Audit Industri Hijau ke premis XSD Paper Sdn Bhd di Kedah telah dijalankan pada 27 Julai 2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan