Penerangan
14 November 2022, Kuching - Kolokium Larangan Pembakaran Terbuka dan sesi brainstorming telah diadakan di pejabat JAS Negeri Sarawak yang melibatkan semua kakitangan JAS Negeri Sarawak termasuk cawangan.
Turut disampaikan ceramah bertajuk Sistem Ekologi Gambut Di Bawah Program Pencegahan Dan Pemantauan Kebakaran Di Tanah Gambut yang telah disampaikan oleh Puan Imelda Lander, Pegawai Kawalan Kanan, JAS Negeri Sarawak.
Sesi ini bertujuan memantapkan pemahaman kakitangan JAS Negeri Sarawak mengenai pencegahan pembakaran terbuka dan sebagai platform berkongsi maklumat dan halatuju penguatkuasaan dan pendekatan pemantauan kebakaran di kawasan berisiko kebakaran pada masa akan datang.