PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN & PEMERIKSAAN OPS GEMPUR BIL 8/2022 (OGOS), JAS SELANGOR

DOE Selangor 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN & PEMERIKSAAN OPS GEMPUR BIL 8/2022 (OGOS), JAS SELANGOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Lembangan: Sungai Langat Tarikh & Masa Pemeriksaan: 29/8/2022 10.30 pagi Jenis Industri: Kilang Proses Minyak Lokasi Premis : Jalan Enggang 5, Kebun Baru, Telok Panglima Garang Bil. Sampel yang diambil : 2 Tindakan Penguatkuasaan: i. FC - 2 ii. NA - 1 iii. Kompaun – 2 iv. POK - Tiada v. GL - Tiada vi. IP - Tiada Premis menjalankan aktiviti memproses minyak. Premis mempunyai kelulusan PAT dengan kapasiti 12 tan sehari dari JAS Pemeriksaan mendapati premis tertakluk kepada AKAS 1974 iaitu PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 dan PPKAS (Udara Bersih) 2014. Semasa pemeriksaan mendapati dua (2) cerobong dari testing & analysis fume hood sedang beroperasi dan mempunyai kelulusan AKPU dari JAS. Premis diarah menyediakan laporan pemantauan berkala kepada JAS. Premis mempunyai dua (2) unit mesin label, dua (2) unit mesin pembungkusan, enam (6) unit mesin isian dan empat 4 unit mesin campuran (blending). Pemerikaan di sump pit (oil trap) daripada kawasan tangki-tangki simpanan minyak (bahan mentah) mendapati terdapat saliran pelepasan (paip) keluar ke laluan air hujan. Premis diarah untuk menutup saluran (by pass) tersebut dengan serta merta. Premis juga diarah untuk menambah baik kawasan pengeluaran supaya tumpahan minyak tidak keluar dari kawasan premis. Premis telah menggunakan sistem ESWIS untuk merekod inventori buangan terjadual yang dihasilkan. Buangan terjadual (SW409) dikemaskini kali terakhir pada 17/11/2021. Premis didapati tidak melabel buangan terjadual. Premis juga tidak menyimpan buangan terjadual yang dihasilkan dengan baik dan tiada stor disediakan untuk buangan terjadual. Pemeriksaan dikawasan gudang didapati dalam keadaan tersusun dan kemas. TINDAKAN PENGUATKUASAAN : 1- 2 FC telah dikeluarkan di premis bagi membuat penambahbaikan. 2- Notis Arahan bagi pematuhan PPKAS (BT) 2005. 3- 2 Kompaun dikeluarkan bagi kesalahan dibawah PPKAS (BT) 2005. 4- Pemantauan dari masa ke masa akan dilakukan dan kemaskini EKAS

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan