PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MARIN BERSAMA PIHAK AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) DI KAWASAN PULAU INDAH, KLANG

DOE Selangor 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MARIN BERSAMA PIHAK AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) DI KAWASAN PULAU INDAH, KLANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

  MASA : 9.30 PAGI hingga 3.00 PETANG TARIKH : 30 OGOS 2022 OBJEKTIF RONDAAN : Membuat pemantauan di kawasan laut bagi memastikan tiada sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui PASUKAN JAS : PASUKAN APMM : Pasukan peronda JAS tiba di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pulau Indah Pelabuhan Klang pada jam 9.30 pagi. Bertemu dengan pegawai Bintara Kanan Azhar dan diberi taklimat keselamatan dan skop rondaan marin yang akan di jalankan. Menggunakan asset skuad komando pasukan peronda dibawa ke meronda ke kawasan Pelabuhan Barat, Kg Sg. Padan, Port Klang Free Zone (PKFZ) dan Pulau Pintu Gedung. Rondaan turut di jalankan operasi pematuhan oleh pihak APMM ke atas kapal kapal yang melalui kawasan tersebut. Skop pematuhan meliputi permit perjalanan, barangan yang dibawa, dan lain lain aspek. Sepanjang rondaan marin di jalankan, pegawai JAS juga memantau aspek pencemaran laut jika terdapat sebarang kejadian tumpahan minyak dan lain lain isu pencemaran. Ketua pasukan JAS meminta agar rondaan marin ini menyusur ke kawasan Sungai Chandong dimana berlakunya kejadian sungai bewarna merah. Penelitian ke atas kunci air kolam tadahan bawah seliaan JPS tidak dapat di jalankan. Ini adalah berikutan keadaan air yang sedang surut. Rondaan di teruskan ke kawasan lain. Secara keseluruhan, sesi rondaan marin yang dijalankan tidak menemukan sebarang elemen pencemaran air marin. Rondaan di tamatkan pada jam 3.00 petang.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan