Penerangan
1. Lembangan: SG. SEMENYIH
2. Tarikh & Masa Pemeriksaan: 6/10/2022(Khamis) 3.30pm-6.00pm
3. Lokasi : Jalan Semenyih Mukim Semenyih 43500 SEMENYIH SELANGOR
7. Jenis Industri: Loji Asphalt (Premix plant)
8. Status Premis: BEROPERASI
Susulan dari aduan yang diterima dari kawasan perumahan bandar sunway semenyih .Satu siasatan telah dijalankan, dimana pengadu memaklumkan bau seakan tar dan chemical dikesan mengganggu pada waktu malam sehingga pagi.
- Sepasukan dari JAS Kajang digerakkan pada hari yang sama bagi menjalankan pemantauan pada waktu malam di kawasan yang diadu.
- Semasa siasatan, bau bitumen/chemical dpt dikesan pada paras normal memandangkan lokasi perumahan bersebelahan dengan tapak sedia Quarry.
- Hasil analisa pemantauan udara menggunakan peralatan model JD-3002 memberikan bacaan tertinggi seperti berikut:
- CO2 : 473ppm
- TVOC : 0.088ppm
- HCHO : 0.015ppm
- Humidity: 85.2 %RH
- Suhu : 27.4 ‘C
(Hasil ujian mendapati terdapat kehadian pencemar udara dari jenis HidroCarbon dan volatile organic compound)
- Hasil pemantauan mendapati terdapat kehadiran bau yang kurang menyenangkan seakan bau minyak/bitumen dlm tempoh 10minit/ 1 jam. Ini berkemungkinan bergantung pada arah angin apabila dtg dr arah kuari.
- Pengawal keselamatan di lokasi memaklumkan gangguan bau hanya berlaku dalam beberapa tempoh sahaja dan bukan berterusan. Dan masalah gangguan bau semakin serius dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini.
- Bacaan terendah semasa tiada bau yang dikesan memberikan bacaan berikut:
- CO2 : 385 ppm
- TVOC : 0.017 ppm
- HCHO : 0.000 ppm
- Humidity: 80.3 %RH
- Suhu: 28.1 ‘C
- Rondaan di sekitar kawasan pengadu juga mendapati terdapat kesan longgokan sampah pukal seperti kayu, plastik dan tayar kesan terbakar dimana salah satu aktiviti menyumbang kpd pencemaran udara di kawasan tersebut.
- Pemantauan berakhir jam 12.00malam
- Siasatan susulan diteruskan pada 6/10/2022 jam 4.00ptg
- aktiviti penghasilan premix dalam proses pembuatan dan dikesan bau bitumen pada paras normal. Tiada bacaan pencemaran udara dikesan menggunakan alat monitoring.
- Rondaan di sekitar loji menemukan bau yang tidak menyenangkan iaitu apabila berada di bahagian stor simpanan minyak LFO (light fuel oil). Terdapat 3 tangki bertanda 1( LFO) , tangki 2 (LFO) dan tangki 3 (Diesel).
- Arah angin bertentangan dr kawasan penduduk.
- Wakil premis memaklumkan minyak yang digunapakai dari pembekal LFO kitar semula (PYDT-BT).
- Persampelan rasmi dijalankan ke atas cecair hitam di tangki 1&2 bagi mengenalpasti komposisi bahan yang digunakan dgn merujuk kpd “Guideline on standard dan spesification of recovered waste oil in Malaysia” bagi memastikan LFO yang dihantar oleh pembekal mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh JAS.
- Sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk di analisa.
- Analisa pemantauan kualiti udara menggunakan peralatan model JD-3002 di tangki LFO memberikan bacaan tertinggi seperti berikut:
- CO2 : 2000 ppm (max)
- TVOC : 2.000 ppm (max)
- HCHO : 0.358 ppm
- Humidity: 59.5 %RH
- Suhu : 32.3 ‘C
-
- Aduan kacau ganggu penduduk di sekitar bandar sunway semenyih berkemungkinan berpunca dari pelepasan dr chimney premix plant.
- Siasatan ke atas alat kawalan udara dari proses menggunapakai sistem ‘venturi scrubber’.
- Memandangkan aduan diterima jabatan dalam waktu malam sehingga pagi, dibawah Seksyen 38(a)(1), AKAS 1974 dimana premis diarahkan untuk tidak menjalankan pengoperasian loji dari jam 7pm sehingga 8am keesokan hari bg membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
- FC dan notis penahanan operasi telah dikeluarkan kepada premis bagi memastikan pengoperasian loji mengikut syarat EIA memandangkan premis terletak di dalam kawasan kuari yang mempunyai kelulusan EIA.
- Premis dikehendaki mengemukan KB/notifikasi dan hendaklah menjalankan kerja membaikpulih/ servis sistem APB dan APC bg memastikan sistem kawalan udara mencapai kecekapan yg tinggi.
- Premis juga diarahkan melantik jururunding bagi menjalankan kajian keupayaan alat kawalan udara bagi memastikan tahap pelepasan pencemar udara mematuhi std yang ditetapkan dan tidak mendatangkan kacau ganggu kpd penduduk berdekatan.
- Syor POK diteruskan sehingga Jabatan berpuashati tindakan yang diambil dan premis mematuhi AKAS 1974. Bahan bakar jenis Recovered LFO tidak digalakkan sehingga APC mempunyai kecekapan tinggi memandangkan jarak kediaman terdekat adalah 1KM.
- Wakil premis dikehandaki hadir bersama jururunding untuk tujuan siasatan lanjut.