Penerangan
TARIKH : 24/10/2022(Isnin)
MASA : 9.30 am - 11.30 am
LOKASI : KG SG. RAYA, CHERAS
DAERAH : HULU LANGAT
Siasatan telah dijalankan berikutan aduan yang telah diterima oleh JAS Cawangan Kajang. Aduan berkenaan menyatakan bahawa terdapat pencemaran air berwarna hijau di aliran longkang (3.0681346, 101.7691725) di Kg. Sg. Raya, Cheras tersebut. Semasa siasatan, didapati keadaan fizikal air adalah normal. Tiada sebarang warna dan bau yang dikesan di lokasi aduan.
Ujian in-situ bagi pH, COD, amonia dan DO telah dijalankan. Bacaan masing-masing adalah seperti berikut:
i. pH : 7
ii. COD : 120mg/L
iii. NH4: 15mg/L
iv. DO: 11.8mg/L, Hasil pemerhatian pihak JAS juga mendapati terdapat beberapa saliran longkang perumahan berhampiran mengalir ke longkang tersebut.
Pemeriksaan di kawasan sekeliling juga mendapati tiada kawasan industri yang berhubung dengan aliran longkang berkenaan.Pemantauan dari semasa ke semasa sekiranya aduan berulang.