Penerangan
8 NOVEMBER 2022, MELAKA - Jabatan Alam sekitar antara yang terpilih untuk mengadakan pameran dan memberi ceramah di Kilang Honda Sdn Bhd di Pegoh, Alor Gajah, Melaka sempena Minggu Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar. Sambutan di booth pameran Jabatan Alam Sekitar adalah menggalakkan dan seramai 80 orang yang mengisi borang rakan alam sekitar. Peserta juga dapat menambah ilmu dengan ceramah yang diberikan oleh Puan Elbyta Rozana Binti Mohd Hatta berkenaan E-waste.