PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM MYSTP & FRIENDS OF RIVER ANJURAN INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) NEGERI SEMBILAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM MYSTP & FRIENDS OF RIVER ANJURAN INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) NEGERI SEMBILAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

PROGRAM MYSTP & FRIENDS OF RIVER ANJURAN INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) NEGERI SEMBILAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN 12 November 2022, PORT DICKSON - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Encik Mohd Asri bin Ramli, bersama-sama pegawai - pegawai JAS Negeri Sembilan telah menghadiri Program MYSTP & Friends Of River anjuran Indah Water Konsortium (IWK) Negeri Sembilan yang diadakan di Loji Taman Sunggala Hartamas, Sungai Menyala. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Zaki bin Yahya, Setiausaha Majlis Perbandaran Port Dickson. Program ini mendapat kerjasama dari Politeknik Port Dickson, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Jabatan Pengairan dan Saliran Port Dickson dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Sunggala Hartamas. Antara program yang diadakan ialah senamrobik, penanaman pokok, lawatan ke dalam loji, pameran, kutip sampah dan riadah (Kudah). Inisiatif pihak IWK Negeri Sembilan ini merupakan langkah terbaik untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar sekitar yang bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat. Diharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan