PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

5 November 2022, Shah Alam – Sebagai penutup bagi sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutup Sambutan HASN 2022 di I-City Centre, Shah Alam. Beberapa aktiviti telah diadakan sempena sambutan tersebut seperti pertandingan mewarna, pertandingan ‘snakes & ladders’ serta ‘Enviro Treasure Hunt’. Sijil penghargaan juga diberikan kepada 10 Rakan Strategik Alam Sekitar yang telah bersama-sama menganjurkan dan menjayakan 16 aktiviti sepanjang bulan sambutan HASN 2022. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JAS Negeri Selangor, Puan Nor Aziah binti Jaafar dan beliau berharap semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.