Penerangan
KUANTAN, 30 Oktober 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah dijemput mengadakan pameran kesedaran alam sekitar pada Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat Negeri Pahang yang berlangsung pada 28 sehingga 30 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC).
Diantara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz kesedaran alam sekitar dan Promosi pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) untuk menggalakan komuniti setempat untuk menyertai aktiviti Rakan Alam Sekitar.