Penerangan
GEBENG, 25 OKTOBER 2022 – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gebeng telah menjalankan siasatan terhadap aduan pencemaran udara yang diterima.
Hasil siasatan aduan memdapati terdapat premis kilang telah gagal menyelenggara sistem kawalan pencemaran udara (SKPU) sehingga menyebabkan pencemaran udara di kawasan sekitar.
JAS Cawangan Gebeng telah menahan operasi kelengkapan serta merta melalui pengeluaran notis Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), dan tindakan penguatkuasaan susulan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.