PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

TAKLIMAT DAN MESYUARAT TERMA RUJUKAN (TOR) KAJIAN EIA BAGI PROJEK "PROPOSED SBH KIBING PRIVATE JETTY AT SIKUATI, KUDAT, SABAH"

DOE Sabah 07/11/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT DAN MESYUARAT TERMA RUJUKAN (TOR) KAJIAN EIA BAGI PROJEK "PROPOSED SBH KIBING PRIVATE JETTY AT SIKUATI, KUDAT, SABAH"
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
07/11/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

TAKLIMAT DAN MESYUARAT TERMA RUJUKAN (TOR) KAJIAN EIA BAGI PROJEK "PROPOSED SBH KIBING PRIVATE JETTY AT SIKUATI, KUDAT, SABAH" ??? ?? Tarikh: 28 Oktober 2022 (Jumaat) ? Masa: 9.00 - 11.00 Pagi ?? Tempat: Dewan IDS, Wisma SEDIA, Kota Kinabalu ??????? Pengerusi: En. Vitalis J. Moduying (Pengarah JPAS) ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM ?? Agenda Mesyuarat: ?? Kata Alu-aluan Pengerusi; ?? Taklimat TOR oleh Perunding Alam Sekitar ??????? Penggerak Projek: SBH Kibing Silicon (M) Sdn Bhd ??????? Jururunding EIA: Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. ?? Perbincangan ?? Ringkasan & Laporan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat ini telah dihadiri seramai lebih 30 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA. 2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan TOR Khas yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek, dan pihak jururunding EIA, Chemsain Konsultant Sdn. Bhd. bagi cadangan aktiviti pembangunan Jeti Persendirian di Sikuati, Kudat. 3?? Wakil JAS Sabah telah memberi input mengenai keperluan yang perlu dipatuhi oleh Penggerak Projek di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya khususnya dalam pengurusan buangan terjadual dan kawalan pencemaran air marin serta pencegahan tumpahan minyak. 4?? Wakil JAS Sabah juga meminta pihak Perunding EIA untuk mengkaji penilaian impak dengan lebih terperinci bagi fasa operasi jeti, impak hakisan tanah & penghasilan sedimen serta impak kepada nilai estetika pantai yang berdekatan dengan dredged material disposal site. 5?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini TOR dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan