PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Negeri Sabah

DOE Sabah 07/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Negeri Sabah
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
07/11/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Negeri Sabah 26 Oktober 2022, Kota Kinabalu - Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Sabah telah berjaya dilaksanakan di Shangri-La Tanjung Aru Resort Kota Kinabalu dengan kehadiran jemputan 90 orang. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Sr. Haji Mohd. Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Rakan Strategik utama iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat KPOC. En. Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah telah memulakan majlis dengan ucapan aluan beliau. Antara pengisian majlis yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:- ?? Sesi Perkongsian Pengurusan Household Ewaste di Sabah oleh Puan Mardianah Aliska ?? Penyampaian Hadiah SLAAS 2020-2022 Negeri Sabah ?? Penyampaian Hadiah Video Sekolah Lestari ?? Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Sekolah Lestari ??? Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Nature Of Sabah ??? Rangkuman/Montaj Program Pengumpulan Household Ewaste ?? Penyampaian Penghargaan kepada Rakan Strategik PYDT Kontraktor E-Waste ?? Penyampaian Penghargaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi Program Pengumpulan Household E-Waste ???? Sesi Perkongsian Alam Sekitar oleh Murid SK Lambidan, Kuala Penyu Selamat Hari Alam Sekitar Negara!! ?? Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama!!

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan