Penerangan
MESYUARAT BERSAMA ZANYU TECHNOLOGY GROUP, CHINA MENGENAI CADANGAN PELAN PELABURAN DI SABAH
??? Tarikh: 20 Oktober 2022 (Khamis)
?? Masa: 2.15 Petang
?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Wisma Kewangan, KK
??????? Pengerusi: Datuk SUT MID Sabah
?? Input Mesyuarat:
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah kilang pengeluaran produk oleokimia daripada minyak sawit dengan kapasiti melebihi 100 tan sehari.
??????? Produk yang dihasilkan pada fasa pertama (2023-2024) ialah biodiesel, refined glycerin dan oleochemical. Manakala fasa kedua (2025 ke atas) produk yang dihasilkan fatyy alcohol, biodiesel dan oleochemical
??????? Lokasi tapak yang dicadangkan terletak di kawasan perindustrian POIC, Lahad Datu.
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6(a): Industri Kimia, Perintah EIA 2015.
??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Chemical Plants, 2019". Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Negeri Sabah untuk kelulusan dengan tempoh pemprosesan EIA adalah 25 hari berkerja atau 5 minggu.
??????? Kajian EIA dan Laporan EIA hendaklah dilaksanakan dan disediakan oleh Jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS.
??????? Pemaju projek berminat utk menggunakan coal sebagai bahan api. Namun, perlu memastikan kandungan sulfur adalah 1% pada coal tersebut. Selain itu, perlu juga serasi dengan kilang2 berhampiran di POIC Lahad Datu