Penerangan
PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU ANJURAN STESEN JANAKUASA TUANKU JA'AFAR (SJTJ) BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
3 November2022, PORT DICKSON - Puan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon bersama-sama pegawai - pegawai JAS Negeri Sembilan telah menghadiri Program Penanaman Pokok Bakau Tahun 2022 anjuran Stesen Janakuasa Tuanku Ja'afar (SJTJ), Port Dickson
Dirasmikan oleh Tuan Mohammad Zahir bin Ismail, Head Asset Operation & Maintenance SJTJ yang melibatkan penanaman sebanyak 700 anak pokok bakau. Program ini mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Universiti Sains Malaysia(USM). PPIP, Japan Malaysian Association (JMA), Kinoshita Group dan Pelitawanis TNB.
Inisiatif pihak SJTJ, Port Dickson ini merupakan langkah terbaik dalam pemuliharaan hutan paya bakau sekaligus melestarikan alam sekitar dan ekosistem pantai. JAS Negeri Sembilan mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada SJTJ, Port Dickson dan diharapkan program seumpama ini akan berterusan demi masa depan dan generasi akan datang.