PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

“MESYUARAT EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE (EIATRC)” DI JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
“MESYUARAT EIA TECHNICAL REVIEW COMMITTEE (EIATRC)” DI JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
02/11/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 31 OKTOBER 2022: Pengarah jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu,  Encik Ramli bin Abd. Rahman, telah mempengerusikan “MESYUARAT EIATRC” bagi cadangan projek di daerah Kemaman, Terengganu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal yang merupakan ahli jawatankuasa EIATRC. Pemaju projek dan jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan cadangan projek EIA yang dicadangkan. Mesyuarat memberi tumpuan kepada perkara berkenaan impak di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi kepada persekitaran dan orang awam. Penilaian ini dapat membantu dalam mengenal pasti, meramal dan menilai impak cadangan pembangunan bagi mencegah, mengawal, mengurangkan pencemaran serta memperincikan langkah-langkah kawalan sebelum laporan EIA ini diluluskan.   #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan