Penerangan
KUALA TERENGGANU, 12 OKTOBER 2022 – YBrs. Encik Ridhuwan bin Ramli, Penolong Pengarah Kanan, merangkap Ketua Unit EIA, Bahagian Pembangunan , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mempengerusikan mesyuarat pembentangan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di daerah Kemaman.
Keperluan penyediaan dokumen EMP ini, tertakluk di bawah Seksyen 34A (7), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Dokumen ini juga merupakan antara syarat kelulusan EIA yang mesti dipatuhi dan disediakan oleh pihak pemaju projek, sebelum memulakan sebarang aktiviti kerja tanah dan pembinaan di tapak projek.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama