PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KOMITMEN PETRONAS MENGANJURKAN PROGRAM EX-TIRAM VII – EKSESAIS TINDAKAN TUMPAHAN MINYAK TAHAP 2, SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022

DOE Terengganu 14/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KOMITMEN PETRONAS MENGANJURKAN PROGRAM EX-TIRAM VII – EKSESAIS TINDAKAN TUMPAHAN MINYAK TAHAP 2, SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
02/11/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, TERENGGANU, 5 OKTOBER 2022- Kerjasama Kertih Port Sdn. Bhd., Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. dan Petronas CariGali Sdn. Bhd dengan kehadiran pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar Terengganu dan Jabatan Laut Malaysia telah berjaya mengadakan Latihan Tindakan Tumpahan Minyak iaitu Ex-Tiram VII (Tier 2 Oil Spill Response Exercise) 2022 pada 3 hingga 4 Oktober 2022 di Kertih Port Sdn. Bhd. Eksesais ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Negara dan Bulan Kesiapsiagaan Nasional. Penolong Pengarah Kanan Seksyen Aduan Dan Kontigensi Jabatan Alam Sekitar Terengganu,Encik Amri Bin Mohd Yusof, Encik Ahmad Izharudin Ismail, wakil Jabatan Laut Bahagian Pengurusan Trafik Dan Bantuan Pelayaran serta wakil dari Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kemaman turut hadir sebagai pemerhati eksesais ini. Senario latihan tumpahan minyak kali ini melibatkan satu insiden hos tercabut semasa operasi “Single Buoy Mooring” dan “Single Anchor Leg Mooring” di batas Pelabuhan Kertih mengakibatkan sejumlah 20000 tong minyak mencemarkan perairan Kertih. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan kakitangan Petronas dengan prosedur kawalan pencemaran minyak serta pengendalian peralatan kawalan pencemaran minyak. Latihan kali ini juga diadakan untuk menguji operasi pengaktifan “aerial dispersant” dan mobilisasi menggunakan pesawat C130H. Latihan ini dapat meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas, perancangan, tenaga kerja dan juga pengurusan sumber. Jabatan Alam Sekitar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen ini. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan