Penerangan
KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 20 OKTOBER 2022- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan daripada pihak pengurusan Program Pemuliharaan Tanah Bencah Setiu (WWF-Malaysia) untuk menyampaiakn Sesi ceramah berkenaan pengurusan e-waste telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Setiu , Sungai Tarom.
Program ceramah ini merupakan antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak berkenaan sempena Program Cakna Alam Sekitar kepada komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti turut diadakan oleh pihak penganjur dalam usaha mengajak masyarakat, untuk sama-sama memelihara alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan setinggi-tingggi penghargaan di atas komitmen pihak penganjur dalam melestarikan alam sekitar
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama