Penerangan
10 Ogos 2022, Alor Setar - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan siasatan di sekitar muara Kuala Jerlun dan muara Kuala Kedah susulan penerimaan Notification of Pollution Event (NPE) Level 2. Pengawasan dijalankan di sekitar perairan Negeri Kedah dan pengukuran air marin secara in situ telah dilakukan di dua (2) stesen pengawasan kualiti air marin seperti yang dijadualkan untuk memantau kualiti air marin di perairan Negeri Kedah.