Penerangan
16 Ogos 2022 - Langkawi, Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dengan kerjasama Rakan Strategik PETRONAS Depot Langkawi dan Koperasi Nelayan Kubang Badak telah berjaya menganjurkan Program Rehabilitasi Bakau (1 RAS 1 POKOK) di Kubang Badak Mangrove, Langkawi, Kedah.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyokong kempen penanaman 100 juta pokok dari tahun 2021 hingga 2025, meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar di samping memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.
Pengisian program ini adalah menanam anak pokok bakau di sekitar perairan sungai Kubang Badak Mangrove, Langkawi, Kedah.
Seramai 50 orang Rakan Alam Sekitar (RAS) telah terlibat menjayakan program ini yang terdiri daripada kluster industri PETRONAS, kluster kampus POLIMAS dan Kolej Komuniti Langkawi, NGO di sekitar Langkawi serta pegawai JAS. Hasil penganjuran program sebanyak 250 anak pokok bakau telah berjaya ditanam.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jabatanalamsekitar
#jaskedah
#1ras1pokok