Penerangan
TAIPING, 17 September 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan pameran alam sekitar di Hari Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Taiping Sempena Hari Perbandaran Taiping ke 43 di Dataran Warisan, Taiping pada hari ini.
Antara aktiviti pameran yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar dan penerangan berkaitan buangan elektrik dan elektronik (e-waste).
Program anjuran Majlis Perbandaran Taiping ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, YBrs Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir.