PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DI PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON

DOE Negeri Sembilan 01/11/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DI PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DI PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON PORT DICKSON, 30 Oktober 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan Rakan Strategik telah menganjurkan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan diiringi Yang Berhormat Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan, Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan, dan Yang Berusaha Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Seramai 450 orang jemputan terdiri daripada pengarah-pengarah agensi kerajaan persekutuan dan negeri, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, rakan strategik, sekolah-sekolah Negeri Sembilan dan kakitangan JAS Negeri Sembilan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi meraikan sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022. Antaranya adalah:- • Program pengumpulan sisa barangan elektrik dan elektronik (e-waste) dengan penglibatan Rakan Industri, Institusi Pendidikan dan kakitangan pejabat agensi kerajaan, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. • Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS); • JAS Negeri Sembilan turut mengadakan Program Pra Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara • Pertandingan Poster Digital; • Pertandingan Mewarna • Pertandingan Teka Silang Kata; dan • Khutbah Jumaat bagi pengisian rohani.