Penerangan
Tarikh: 25 hingga 28 Oktober 2022
Tempat: Bintulu, Sarawak
Peserta: Bengkel ini turut melibatkan kehadiran pegawai-pegawai dari JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Sarawak (Pejabat Kuching, Sibu, Bintulu & Miri), PERHILITAN, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Jabatan Hutan Bintulu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Jabatan Pertanian Sarawak (Bahagian Ikan Darat), Pejabat Resident Bahagian Bintulu, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, UPM Sarawak, PETRONAS, PIMMAG dan juga OSRL.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
i. memastikan asas kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi krisis hidupan liar akibat tumpahan minyak di laut;
ii. melaksanakan penilaian risiko bagi operasi tumpahan minyak dan hidupan liar kesan daripada kejadian tumpahan minyak; dan
iii. memantapkan hubungan kerjasama antara agensi-agensi yang berkaitan.