PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENGHIJAUAN “1 RAS 1 POKOK” DI SEKITAR RUMAH HIJAU SCORSA BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI KAMPUS UNISEL, BESTARI JAYA

DOE Selangor 01/11/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGHIJAUAN “1 RAS 1 POKOK” DI SEKITAR RUMAH HIJAU SCORSA BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI KAMPUS UNISEL, BESTARI JAYA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

BESTARI JAYA, 29 Oktober 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan Kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL Kampus Bestari Jaya telah berjaya menganjurkan Program Penghijauan “1 RAS 1 POKOK” di sekitar Smart Urban Farm SCORSA Bersama Rakan Alam Sekitar Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Selangor di Kampus UNISEL, Bestari Jaya. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Nor Aziah Jaafar, Pengarah JAS Negeri Selangor. Program ini telah disertai oleh ahli Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter daripada UiTM Shah Alam dan juga pelajar UNISEL. Sebelum majlis perasmian dan program penanaman pokok, peserta telah menyertai aktiviti Zumba yang diketuai oleh pelajar UNISEL. Pengisian program melibatkan aktiviti penanaman pokok Bucida Batik di sekitar rumah hijau, transplanting di dalam rumah hijau dan penanaman pokok hiasan dalam pasu. Para peserta juga telah diberi taklimat dan peluang untuk membuat aktiviti transplanting di dalam rumah hijau SCORSA.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan