Penerangan
29 Oktober 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan Kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya telah menganjurkan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Selangor dan Tasik Lindungan Burung UNISEL di Dewan Senat, Kampus UNISEL Bestari Jaya. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Majlis dihadiri seramai 150 orang jemputan terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan / wakil serta wakil agensi-agensi Persekutuan dan Negeri Selangor, warga UNISEL, Rakan Strategik Alam Sekitar dan Rakan Alam Sekitar.
Sempena Majlis Perasmian ini, pelbagai pengisian aktiviti telah diadakan secara serentak pada hari tersebut iaitu:
• Program Penghijauan “1 RAS 1 POKOK” di sekitar rumah hijau SCORSA Bersama Rakan Alam Sekitar, Kampus UNISEL
• Pertandingan memancing di Tasik Lindungan Burung UNISEL
• Gambut Run & Ride (Gravel) Johan Setia, Klang
• Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (E-Waste), Bandar Baru Bangi
JAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program-program sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Selangor. In sya Allah, kita bertemu lagi pada HASN 2023!