PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG PEMBUATAN PALET PLASTIK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DI MUAR

DOE Johor 31/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG PEMBUATAN PALET PLASTIK DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN DI MUAR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

27 Oktober 2022, MUAR: Sebuah kilang pembuatan palet plastik di Kawasan Perindustrian Parit Hulu telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar kerana didapati mengakibatkan pencemaran udara yang berpunca daripada proses pembuatan palet plastik. Siasatan dijalankan di premis hasil aduan awam berkenaan pencemaran habuk yang tidak terkawal. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pelepasan habuk yang tidak terkawal daripada terus berlaku yang seterusnya boleh mengakibatkan pencemaran udara kepada penduduk sekitar. Selain itu, premis diarahkan untuk mengambil langkah pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Jika disabitkan kesalahan, premis boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan