Penerangan
TANJUNG LANGSAT, 26 Oktober 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding perlu mengemukakan semula maklumat yang lengkap pada lukisan "as-built" dan menyemak semula rekod pemantauan prestasi. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut kepada Garis Panduan yang ditetapkan.
Pemeriksaan ini telah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.