PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TEBRAU

DOE Johor 31/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TEBRAU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

TEBRAU, 10 Oktober 2022 : Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang bukan ditetapkan yang berasaskan makanan, berdasarkan penerimaan dokumen Pemberitahuan Bertulis di bawah Peraturan 4, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009. Hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dua (2) "field citation" dan tawaran kompaun telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan untuk menyemak semula dan melengkapkan rekod pemantauan prestasi SPEP dan mengemukakan semula Pemberitahuan Bertulis. Premis juga diarahkan untuk menyemak semula semua unit proses. Secara visual, efluen terolah di dalam keadaan tidak memuaskan. Premis dinasihatkan untuk menambah Orang Yang Berwibawa bagi memastikan keberadaan OYB sepanjang alat kawalan beroperasi selaras kehendak Peraturan 10(3), PPKAS (Elfuen Perindustrian) 2009. Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan harus dipantau secara keseluruhan bagi memastikan alat kawalan berfungsi secara optimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan