PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN BAU DISYAKI BERPUNCA DARIPADA BAHAN ASAS PEMBUATAN BAJA DI KULAI

DOE Johor 31/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN BAU DISYAKI BERPUNCA DARIPADA BAHAN ASAS PEMBUATAN BAJA DI KULAI
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

KULAI, 6 Oktober 2022 : Unit Aduan dan Kontigensi bersama Unit JB Barat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) telah menjalankan satu operasi bersepadu bagi menyiasat aduan bau di kawasan premis haram sekitar Saleng, Kulai. Hasil daripada siasatan mendapati terdapat satu gudang penyimpanan penuh diisi bahan bahan kimia serbuk dan cecair didalam beg jumbo dan tangki IBC pelbagai saiz. Sesetengah daripada cecair tersebut juga telah tumpah di kawasan sekitar manakala bahan kimia serbuk itu dibiarkan terdedah tanpa ditutup. Pasukan JAS Negeri Johor telah mengeluarkan satu arahan lapangan kepada penyewa, premis tersebut telah di meterai dan percontohan sampel telah dijalankan bagi penguatkuasaan selanjutnya. Manakala pihak MPKu telah mengeluarkan satu notis kepada penyewa tersebut. JAS Negeri Johor ingin mengingatkan kepada semua pemain-pemain industri agar sentiasa mematuhi perundangan dibawah Akta 127.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan