Penerangan
JOHOR BAHRU, 28 SEPTEMBER 2022 : JAS Negeri Johor telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan keatas satu projek EIA bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat Kelulusan Laporan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya yang dilaksanakan melalui pemeriksaan selaman SCUBA.
Hasil pemeriksaan mendapati pemasangan BMPs 'silt curtain' dipasang dengan baik bagi mengawal kelodakan hasil kerja-kerja bore pilling.
Jabatan Alam Sekitar ingin menyeru semua tapak binaan untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran dan pihak Jabatan sentiasa memantau perkara ini dari semasa ke semasa.