Penerangan
6-9 Oktober 2022, KLCC - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menyertai Selangor Industrial Park Expo (SPARK) yang telah berlangsung selama 4 hari bermula 6 hingga 9 Oktober 2022 di Kuala Lumpur Convention Centre.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor selaku pempamer di acara tahunan ini berkongsi informasi memberikan pendedahan serta penerangan kepada orang ramai yang singgah di reruai tentang fungsi serta peranan Jabatan di dalam pemuliharaan alam sekitar terutamanya di Selangor.
Jabatan Alam Sekitar komited bekerjasama dengan pelbagai agensi, NGO serta rakan strategik alam sekitar mengadakan promosi Kempen Kesedaran Alam Sekitar demi memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara. "Alam sekitar tanggung jawab bersama"