Penerangan
15 Oktober 2022, Ampang -
Sempena Pra Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Negeri Selangor,
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan JAS Cawangan Gombak telah mengadakan program pengumpulan e-waste dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ di Dewan Ampang Jaya, Selangor.
Program pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu usaha JAS dalam memastikan pengurusan e-waste ini diurus mengikut kaedah mesra alam, dan slogan JAS “ Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, diterima oleh semua pihak dalam usaha mewariskan bumi kita ini untuk generasi kita masa kini dan akan datang.
"E-WASTE DIKITAR, BUMI TERPELIHARA"