PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENANAMAN POKOK BEREMBANG, PEMBERSIHAN SUNGAI DI SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN DAN PROGRAM CINTAI SUNGAI KITA BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA PRA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) DAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2022

DOE Selangor 31/10/2022 2 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENANAMAN POKOK BEREMBANG, PEMBERSIHAN SUNGAI DI SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN DAN PROGRAM CINTAI SUNGAI KITA BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) SEMPENA PRA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) DAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

15 Oktober 2022, Kampung Kuantan, Kuala Selangor Sempena Pra Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) dan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2022, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Rakan Strategik Alam Sekitar Canon Opto (Malaysia) Sdn Bhd telah menganjurkan Program Penanaman Pokok Berembang, Pembersihan Sungai Di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan Program Cintai Sungai Kita Bersama Rakan Alam Sekitar (RAS). Seramai 50 orang ahli RAS daripada Politeknik PSIS telah turut menyertai program ini. Sejumlah 140 pokok berembang telah ditanam menerusi kempen penghijauan bumi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar dan Kepentingan perlindungan ekosistem paya bakau terus dipelihara dan dipulihara. Pokok berembang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kini dijadikan produk pelancongan yang 'ajaib' di Malaysia iaitu terdapat banyak kelip-kelip datang pada malam hari untuk menghisap manisan pokok bunga berembang. Selain itu, fungsi utamanya juga adalah sebagai habitat dan ekologi hidupan dan merupakan kawasan penting dalam menstabilkan ekosistem.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan