PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL. 10/2022 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 31/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL. 10/2022 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

OPS GEMPUR BIL. 10/2022 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN 11&12 Oktober 2022, SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 10/2022. Operasi Gempur ini telah dijalankan ke atas Premis Loji Rawatan Kumbahan, Premis Yang Ditetapkan Dan juga Premis Yang Bukan Ditetapkan di seluruh Negeri Sembilan. Operasi ini melibatkan seramai 14 pegawai penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah yang dibahagikan kepada 6 pasukan. Sebanyak 30 premis telah diperiksa dengan Lima (5) Notis Arahan, sembilan (9) Kompaun, satu (1) Kertas siasatan dibuka dan satu (1) Premis telah dikenakan Penahanan Operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a),AKAS 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Sebanyak 14 persampelan rasmi Kumbahan dan efluen diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia utk dianalisa. Tindakan selanjutnya,setelah menerima hasil keputusan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan