Penerangan
5 Oktober 2022, MELAKA - Seminar Kepentingan Air Tanah: ‘Mengubah Persepsi’ anjuran Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah diadakan pada 27 September 2022 yang lalu bertempat di Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bahan Berbahaya dan Industri Hijau, Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka.
Seminar ini telah disertai oleh agensi yang berkaitan dengan pengurusan air di Negeri Melaka dan pelajar-pelajar institusi pendidikan tinggi awam dari Negeri Melaka. Dua taklimat telah diberikan iaitu taklimat berkaitan Pengenalan dan Kepentingan Program Pengawasan Air Tanah serta taklimat bertajuk Di Sebalik Tabir Kerja-Kerja Pembinaan Stesen Kualiti Air Tanah. Peserta seminar seterusnya dipersembahkan demonstrasi Persampelan Air Tanah oleh Unit Pengawasan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka juga telah membuka booth pameran dan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar sepanjang seminar berlangsung.
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka