PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA

DOE Melaka 06/10/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI MELAKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

5 Oktober 2022, MELAKA - Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Aras 4, Menara Persekutuan, Melaka. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka turut hadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, wakil Malaysia Refining Company Sdn. Bhd (MRCSB) selaku rakan strategik serta semua sekolah yang menyertai program SLAAS sesi 2020/2022. Program yang memasuki kitaran kelapan pada sesi 2020/2022 ini telah mendapat penyertaan daripada 7 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah dari Negeri Melaka. Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar bagi kategori sekolah rendah dianugerahkan kepada SK Kampung Tun Razak, Melaka manakala kategori sekolah menengah disandang oleh SMK Durian Tunggal. Penerima anugerah membawa pulang masing-masing wang tunai RM 2,000.00, sebuah plak, hamper dan  PETRONAS Grow Your Stationery Set yang disumbangkan oleh Malaysia Refining Company Sdn. Bhd (MRCSB). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua sekolah yang mengemukakan penyertaan. Diucapkan semoga berjaya bagi penyertaan SLAAS di peringkat kebangsaan dan semoga kemenangan di pihak Melaka. #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka