Penerangan
5 Oktober 2022, MELAKA - Kem Kesedaran Alam Sekitar dan Perlindungan Lapisan Ozon sempena sambutan Hari Ozon Sedunia tahun 2022 peringkat Negeri Melaka telah dijalankan pada 28 - 30 September 2022 yang lalu bertempat di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri, Lanchang, Melaka.
Peserta kem ini terdiri daripada orang 41 orang guru sekolah-sekolah dari Negeri Melaka. Pelbagai pengisian program telah dijalankan antaranya taklimat berkaitan Perlindungan Lapisan Ozon oleh wakil daripada Seksyen Perlindungan Ozon, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, taklimat Pembudayaan Amalan 3R di sekolah oleh SWCorp Melaka dan penghasilan produk ‘Upcycling’ oleh Dr. Nurul Hanim binti Razak dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Selain itu, pengisian peserta-peserta turut melibatkan pelbagai aktiviti luar (outdoor) diantaranya kutip sampah sambil riadah (KUDAH) di Sungai Kesang, ‘Flying Fox’, ‘Night Walk’, dan ‘Orienteering’.
Aktiviti penanaman pokok telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka sebagai simbolik perasmian penutup Kem Kesedaran Alam Sekitar dan Perlindungan Lapisan Ozon sempena sambutan Hari Ozon Sedunia tahun 2022 peringkat Negeri Melaka.
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka