Penerangan
PERBINCANGAN BERKENAAN AKTIVITI "ULTRA DEEP WATER EXPLORATION DRILLING" DI PERAIRAN ZEE SABAH OLEH SABAH SHELL ???
?? Tarikh: 17 Oktober 2022 (Isnin)
? Masa: 10.00 - 11.15 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah
??????? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah
?? Kehadiran Bersama: PP FM (Unit EIA & IP)
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi menerangkan latar belakang aktiviti projek penggerudian telaga ekplorasi, potensi kesan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan yang dicadangkan terletak di Telaga Pekaka dan Jitu dalam Block 2W dan X, perairan ZEE, Sabah.
?? Pihak Shell memaklumkan kedalaman penggerudian telaga di laut dalam melibatkan kedalaman sehingga 2900 meter di Telaga Pekaka dan 2200 meter di Telaga Jitu.
?? Pihak Shell dan Jururunding EIA yang dilantik memaklumkan memandangkan lokasi kawasan ekplorasi terletak melebihi 300 kilometer daripada pesisir pantai Sabah, kajian data baseline akan dibuat secara desktop study dan secondary data daripada projek eksplorasi yang berhampiran iaitu di Block H dan Tepat-B.
?? Pihak Shell juga memaklumkan Laporan Environmental Risk Assessment (ERA) akan dikemukakan kepada JAS Sabah untuk ulasan dan sokongan sebelum dibawa ke Jawatankuasa ZEE. Pihak JAS Sabah mengambil maklum dan tiada halangan terhadap cadangan kaedah kajian data baseline yang dicadangkan.