Penerangan
PENGHARGAAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH ATAS KOMITMEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SELAKU PUSAT PENGUMPULAN E-WASTE BERDAFTAR TERTINGGI DI MALAYSIA
14 Oktober 2022, Kuala Lumpur - Pengharagaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas komitmen selaku Pusat Pengumpulan E-Waste Berdaftar Tertinggi di Malaysia ????
Sabah mempunyai 7 Pusat Pengumpulan E-Waste Berdaftar yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Papar, DBKK, Lembaga Perbandaran Kudat, Majlis Daerah Sipitang, Majlis Daerah Keningau & Majlis Daerah Beluran.
JAS IbuPejabat telah memanjngkan jemputan kepada YB. Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Plak Penghargaan diterima oleh Jurutera Kanan, Isidore Ignatius Simin daripada Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah pada petang tadi di KL East Mall, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari E-waste Antarabangsa.